Thursday, December 20, 2018

Kerja Haji

Catatan Haji 1

Alhamdulillah... syukur. Kami selesai menunaikan haji pada musim haji yang lepas, musim haji 2018 (1439H). Kami mendaftar November 2008, dan Alhamdulillah selepas 10 tahun menunggu, kami mendapat panggilan untuk menunaikan haji secara muassasah. Selepas menunaikan umrah pada 2012 yang lalu, kami menghantar surat rayuan saban tahun, dan kami juga mendaftar untuk mengerjakan haji dengan syarikat swasta. Namun, dengan deposit seorang 2k, untuk pakej 25k seorang, kami tidak dipanggil pun untuk haji 2014 kerana queue si syarikat swasta juga panjang. Kalau yang ada kekosongan pun, hanyalah pakej mahal-mahal yang jelasnya, diluar kemampuan kami.

Setelah 2 tahun tidak mendapat tawaran dari sykt swasta, kami terpaksa mengorbankan budget 50k kami untuk perkara lain yang dirasakan sangat perlu, iaitu menambah bilik untuk anak sulung yang semakin menginjak ke usia remaja. Dengan perginya bajet tersebut, saya pasrah, berdoa agar Allah melorongkan kami untuk diterima sebagai jemaah muassasah dalam masa yang terdekat.

2016 dan 2017, walaupun telah menghantar surat rayuan, dan telah mengikuti kursus (walaupun cuma 1 siri ..huhu), kami hampa lagi. Tiada jemputan. Sahabat yang sama2 merayu dengan saya pun dah selamat mengerjakan haji pada tahun 2017 melalui pakej swasta. Oleh itu, untuk tahun 2018, saya mengkaji semula surat rayuan yang perlu saya kemukakan kepada Tabung Haji. Terbaca satu pos (blog maria firdaus kalau tak silap), yang meminta kita menyatakan juga baki didalam akaun Tabung Haji suami dan isteri di dalam surat rayuan. Dan cuba pastikan baki tersebut paling kurang 15k (10k bayaran muassasah dan 5k perbelanjaan disana). Dan, alhamdulillah ... rezeki dari Allah, seminggu berpuasa, kami mendapat panggilan telefon dari Tabung Haji menanyakan sama ada kami ingin menerima atau menolak tawaran mengerjakan haji. Allahuakbar... gembira bukan kepalang. Alhamdulillah..alhamdulillah.

Notis lewat
Kalau diikutkan, ramai jemaah telah menerima tawaran lebih awal, seawal November 2017. Tawaran yang kami terima agak lambat, lebih kurang 60 hari sebelum hari wukuf. Justeru, kami cepat-cepat belajar dari youtube (terutamanya Ustaz Shapawi Che Mat dan beberapa ustaz lagi) dan juga berguru dengan Ustazah Ummi Ngesah yang merupakan pembimbing haji terkenal dari daerah kami, dan telah menjadi pembimbing selama 18 tahun.

No comments: