Abah meninggal dunia di Arafah tanggal 17 Dec 2007. Ma bagitau, masa hari nak ke Arafah tu, Abah beriya sangat. Masa dalam bas ke Arafah, Ma pegang tangan Abah dan tanya abah macam-macam, tapi, abah dah tak bercakap banyak dah. Dia angguk and geleng jer. Turun dari bas, Ma suruh Abah duduk so Ma buleh carikan beg. Lepas dah dapat beg, Abah biar je Ma dan Auntie jalan dulu, baru dia jalan sorang-sorang. Depan khemah 66, dia rasa penat. Jadi, dia tumpang masuk ke dalam khemah tu, dan baring. Khemah yang sepatutnya Abah pegi adalah khemah 68. Bila masuk waktu asar, ada jemaah pergi kejutkan dia untuk solat, tapi, Abah sebenarnya sudah menghembuskan nafas terakhir. Innalillah...
Abah memang dah tak sihat sangat tahun ni. Aku tahu tu. Masa Ayah (FIL) bawa dia suh check-up kat Banting, Ayah siap hand-deliver result check-up dia ke Kelantan, sbb Ayah tahu his condition was quite serious. From the result, Abah gi follow-up kat HUSM and doktor yang check dia cakap that he was like a 'time-bomb'. Astaghfirullahal A'zim.
Tapi, Abah.. Abah yang aku kenal jarang cakap dia sakit. Even masa aku tepon dia kat Mekah pun, dia asyik cakap dia sihat, padahal suara dia dah serak. Aku sedih dan terkilan sebab tak dapat tengok Abah untuk kali terakhir, tapi, dalam masa yang sama aku bersyukur sebab Abah dipilih Allah untuk meninggal di Arafah. Dikebumikan dalam kain ihram, dalam niat haji.
Aku tahu aku belum balas jasa Abah. Aku akan cuba tunaikan hasrat dia, nak tengok adik-adik yang lagi 3 orang tuh berjaya dalam pelajaran macam abang-kakak yang kat atas ni. Pesanan Abah pada Syafiq (adik bongsu aku), Abah yang sekolah setakat darjah 6 pun mampu 'tawan' daerah, takkan anak abah tak boleh lebih berjaya dari abah? Maksud Abah 'tawan' tu, dia banyak penglibatan dalam masyarakat. Tak payahla aku cerita. Abah mmg menitikberatkan pelajaran sebab dia tahu dia tak ada harta yang banyak untuk ditinggalkan pada anak-anak kecuali ilmu pelajaran.
Ingatan untuk diri aku, hanya 3 perkara yang akan dibawa ke alam kubur nanti, pertamanya amal-soleh, kedua sedekah jariah dan ketiga ialah doa dari anak yang soleh. "Ya Allah, cucuri rahmat ke atas arwah Abahku, ampunkanlah dosa-dosanya, dan tempatkanlah rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Amiinn.."