
- Menang Drypers competition twice hasil kerja kerastangan mengedit gambar. Tapi, bukanla menang Nazaria .. menang sket je. Hehe. (The above is one of the lucky entry. Yang satu lagi..dah tatau dok mana. And, mind you ... plastik drypers dibelakang Aisyah in the third pic itu sebenarnya tidak berada disitu. Ia telah diphotoshop untuk berada disitu demi memenangi hati juri..haha).
- Memudahkan kerja (there's once when I was still working with C****m, I want to reduce the height of the monopole - tiang nak letak antenna RF untuk coverage HP - . Instead of asking the draughtman to redo the technical drawing, I photoshopped it. Hehe.. and, no one notice it.). Habis tu, semua benda nak urgent kan? Kalau redo .. lambat lah.
- Tolong mengedit gambar.. byk sgt contoh ni...
Apapun.. let's get ready. Hari ni, jom kita kenali one of the basics in Photoshop, cara membuat selection.
First and foremost, we have to understand the work space in photoshop. Saya menggunakan CS2, so, kalau version lain.. mungkin beza sikit lah. Tapi, basicnya semua sama.
WORKSPACE

Gambar diatas menunjukkan basic layout workspace photoshop. Yang penting, kena ada TOOL, LAYER and HISTORY. Yang lain tu pun penting, tapi, untuk buat benda basic.. tiga ni pun dah cukup. Kalau tiga window ni tak appear dekat workspace anda, sila klik pada Window di menu bar, dan klik mana-mana pilihan yang takde tu.
SELECTION
Selection ada perkara paling asas dalam Photoshop. Untuk membuat selection, anda hendaklah memilih tool selection seperti gambar dibawah. Terdapat 4 jenis selection, tapi, kebiasaannya, pakailah rectangular marquee ataupun oval marquee. Anda juga boleh menggunakan Lasso Tool dan Magic Wand tool . Tetapi, kita mula dulu dengan marquee tool.
1. MARQUEE TOOL

Apabila anda sudah mengenali tool selection, jom kita belajar buat selection. Mula-mula, pastikan anda pergi ke File - New - (Tukar saiz ikut kesesuaian. Boleh jadi width = 400 pixel, height = 400 pixel). Tekan OK dan ada akan dapat 'canvas' sebesar 400x400 pixel.
Now, kalau perhatikan pada Layer Window, cuma ada satu layer sahaja, iaitu background. Anda boleh bekerja diatas background, tapi, kalau ada banyak benda yang nak dibuat, baik buat atas layer lain dulu, supaya senang nak adjust mana2 yang patut. So, create new layer seperti guide dibawah.
Layer bernama background yang diLOCKED ini sebenarnya boleh di alter cuma tidak boleh didelete. Tetapi, saya suka reserve background sebab kalau tersalah 'cut', colour, etc, tak payah susah2 undo. Duplicate je layer yang ada tu lagi sekali. Dan, kalau taknak dia kelihatan di kanvas, anda boleh klik pada lambang 'mata' di sebelah layer tu. Kalau mata tu takde, maksudnya, layer tu invisible.
Jadi, menggunakan rectangular tool, anda boleh drag sebesar mana rectangular yang anda ingini. Garis putus-putus menunjukkan selection anda.
So, buatlah selection seperti diatas menggunakan rectangular marquee tool tadi.
Menambah selection seperti diatas. Anda boleh menambah selection dengan menekan butang 'shift' pada keyboard sambil membuat selection rectangular yang baru. (Perhatikan lambang ++ akan keluar semasa anda menekan shift).
Anda juga boleh mencuba menggunakan elliptical marquee. Sekiranya ingin mencuba menggunakan single row atau single column marquee, cuba lihat video disini.
2. LASSO TOOL
Lasso tool berguna untuk membuat selection sekiranya yang hendak di'select' itu berlekuk-lekuk dan tidak mempunyai background berwarna sekata. Ada 3 jenis lasso iaitu, Lasso Tool, Polygonal Lasso tool dan Magnetic Lasso Tool. Bezanya, Lasso Tool -> Freehand, Polygonal -> setiap klik diwakili oleh satu garisan, menghasilkan sisi yang banyak untuk selection anda (polygon). Magnetic -> Ia melekat seperti magnet tanpa anda perlu klik. Tetapi, ianya sedikit complicated. Jadi, untuk permulaan ini, kita cuba dulu Polygonal Lasso.



Tadaa!!! Inilah hasilnya. ;). Tidak puas hati dengan sisi yang tidak smooth? (Diatas adalah hasil kerja bermalas-malasan, maka, begitulah jadinya.) Seeloknya, banyakkan sisi yang pendek-pendek (itu bermaksud, anda perlu teliti memilih sisi mana untuk di klik, dan sisinya lebih kecil), ataupun, cuba guna Lasso Tool biasa (freehand). Ataupun, antara cara lain untuk smoothkan tepi adalah dengan menggunakan blur tool atau feather.