Gambar diatas menunjukkan basic layout workspace photoshop. Yang penting, kena ada TOOL, LAYER and HISTORY. Yang lain tu pun penting, tapi, untuk buat benda basic.. tiga ni pun dah cukup. Kalau tiga window ni tak appear dekat workspace anda, sila klik pada Window di menu bar, dan klik mana-mana pilihan yang takde tu.
SELECTION Selection ada perkara paling asas dalam Photoshop. Untuk membuat selection, anda hendaklah memilih tool selection seperti gambar dibawah. Terdapat 4 jenis selection, tapi, kebiasaannya, pakailah rectangular marquee ataupun oval marquee. Anda juga boleh menggunakan Lasso Tool dan Magic Wand tool . Tetapi, kita mula dulu dengan marquee tool.
1. MARQUEE TOOL
Apabila anda sudah mengenali tool selection, jom kita belajar buat selection. Mula-mula, pastikan anda pergi ke File - New - (Tukar saiz ikut kesesuaian. Boleh jadi width = 400 pixel, height = 400 pixel). Tekan OK dan ada akan dapat 'canvas' sebesar 400x400 pixel.
Now, kalau perhatikan pada Layer Window, cuma ada satu layer sahaja, iaitu background. Anda boleh bekerja diatas background, tapi, kalau ada banyak benda yang nak dibuat, baik buat atas layer lain dulu, supaya senang nak adjust mana2 yang patut. So, create new layer seperti guide dibawah.
Layer bernama background yang diLOCKED ini sebenarnya boleh di alter cuma tidak boleh didelete. Tetapi, saya suka reserve background sebab kalau tersalah 'cut', colour, etc, tak payah susah2 undo. Duplicate je layer yang ada tu lagi sekali. Dan, kalau taknak dia kelihatan di kanvas, anda boleh klik pada lambang 'mata' di sebelah layer tu. Kalau mata tu takde, maksudnya, layer tu invisible.
Jadi, menggunakan rectangular tool, anda boleh drag sebesar mana rectangular yang anda ingini. Garis putus-putus menunjukkan selection anda.
So, buatlah selection seperti diatas menggunakan rectangular marquee tool tadi.
Menambah selection seperti diatas. Anda boleh menambah selection dengan menekan butang 'shift' pada keyboard sambil membuat selection rectangular yang baru. (Perhatikan lambang ++ akan keluar semasa anda menekan shift).
Anda juga boleh mencuba menggunakan elliptical marquee. Sekiranya ingin mencuba menggunakan single row atau single column marquee, cuba lihat video disini.
2. LASSO TOOL
Lasso tool berguna untuk membuat selection sekiranya yang hendak di'select' itu berlekuk-lekuk dan tidak mempunyai background berwarna sekata. Ada 3 jenis lasso iaitu, Lasso Tool, Polygonal Lasso tool dan Magnetic Lasso Tool. Bezanya, Lasso Tool -> Freehand, Polygonal -> setiap klik diwakili oleh satu garisan, menghasilkan sisi yang banyak untuk selection anda (polygon). Magnetic -> Ia melekat seperti magnet tanpa anda perlu klik. Tetapi, ianya sedikit complicated. Jadi, untuk permulaan ini, kita cuba dulu Polygonal Lasso.