Posting kali ini akan ditulis di dalam bahasa melayu semata-mata kerana kali ini saya akan menulis sebagai seorang anak jati melayu yang sayangkan bangsanya, tidak ingin melihat bangsanya hanyut di arus globalisasi, mahupun tumbang di buminya sendiri.
Terkejut tatkala dihulurkan majalah Pendidik oleh PK1, Tn Hj Jumiran. Banyak mengupas isu PPSMI katanya. Oh… ada pembaca rupanya blog saya yang tak seberapa ini. ;)
Setelah membelek-belek majalah yang sarat dengan pelbagai hujah untuk tidak meneruskan PPSMI, saya tetap tidak berganjak dengan hujah saya agar janganlah PPSMI dimansuhkan. Sebab utama saya adalah, untuk ‘survival melayu’ itu sendiri. Maaf sekiranya posting kali ini berbaur agak perkauman, tapi, saya tidak boleh menidakkan kemelayuan saya. Justeru, saya harus memberi pandangan sekiranya saya rasa sesuatu perkara itu memberi kesan kepada bangsa saya.
PPSMI menyediakan pelajar untuk bersaing dalam arus globalisasi dikatakan sebagai hujah rapuh kerana banyak lagi negara yang tidak mengamalkan PPSMI berjaya berdiri sebagai sebuah negara maju. Betul, banyak negara maju tanpa PPSMI dan contoh yang diberi adalah Finland, Sweden, Denmark, Jerman, Perancis, China, Jepun, Korea, Luxemborg, Itali, Belgium, Norway, Austria, Switzerland, Portugal, Sepanyol dan Rusia. Soalan saya adalah, apakah kelebihan negara-negara maju yang disebutkan itu berbanding Malaysia? Banyak antara mereka sudah mempunyai teknologi yang diiktiraf dunia, dipasarkan keseluruh dunia. Contohnya, Finland (Nokia) , Sweden (Ericsson), Denmark(Lego, Carlsberg), Jerman (Daimler, Volkswagen, Allianze, Siemens,etc) , Perancis (Negara besar yg pernah menjadi penjajah, Alcatel) , China (Hwa Wei, ), Jepun (Sony, Nintendo, Honda, Nissan, etc), Korea (Hyundai, Samsung, Daewoo,etc), Switzerland (Swiss watches,), Portugal, Sepanyol (Negara besar yg pernah menjadi penjajah), dan Rusia (teknologi Aerospace, military equipments, Sukhoi). Jadi, wajarkah Malaysia dibandingkan dengan negara-negara ini yang GDPnya antara yang tertinggi di dunia? Mereka sudah established. Malaysia baru mengecap 51 tahun kemerdekaannya dan masih digolongkan dalam developing country, bukan developed country. Jadi, arus globalisasi yang mengenai negara kita 'lebih bergelora dan mencabar' berbanding dgn negara mereka.
Soalan kedua…..Adakah mereka multi-racial country seperti negara kita? Bangsa melayu berada di dalam ‘comfort zone’ apabila semuanya diajar didalam Bahasa Melayu. Padahalnya, etnik lain seperti orang cina dan India perlua mempelajari sekurang-kurangnya 2 bahasa untuk survive di Malaysia, iaitu bahasa cina & melayu, atau bahasa tamil dan melayu. Itupun, ramai di kalangan bangsa cina dan India di bandar sangat menguasai bahasa inggeris kerana bahasa itu juga turut dijadikan bahasa perantaraan di rumah mereka. And, let me remind you, berapa ramaikah bangsa cina yang menetap di Bandar jika dibandingkan dengan bangsa melayu? Natijah daripada kepenjajahan British yang telah mengamalkan dasar Pecah & Perintah menyebabkan pengasingan kependudukan orang melayu di kampung2 dan orang cina di Bandar-bandar. Jadi, persoalannya, siapakah yang tidak menguasai bahasa inggeris sekarang? Orang kampong bukan? Siapa yang mendominasi populasi di kampong? Orang Melayu, bukan? Jadi, orang melayu seharusnya berterima kasih apabila PPSMI dilaksanakan, kerana sekurang-kurangnya guru-guru, pelajar dan ibubapa mula sedar mengenai kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa teknologi. Kalau tidak masakan tadika2 yang menjadikan bahasa inggeris sebagai medium utama menjadi rebutan kepada golongan ibubapa seperti Smart Reader’s Kids, C.E.C, Montessori-based kindergartens, hatta Tadika EEman di Taman Seri Telok Datok sekalipun? Bila tidak dipaksa pembelajaran Sains & Matematik didlm BI, org-org kita menjadi lalai. Selesa dalam comfort zone tersendiri sehingga menafikan yang terdapatnya competition among the races to survive in this developing country of ours. Sebagai anak jati melayu, saya tahu, saya juga harus mempertahankan keunggulan bahasa ibunda saya. Tetapi, bercakap diatas dasar anak jati melayu juga.. saya tidak mahu melihat generasi melayu akan datang dipinggirkan di bumi sendiri kerana tidak fasih berbahasa Inggeris. GLC-GLC seperti TM, Petronas, TNB dll juga memerlukan eksekutif2 yang mampu berbahasa Inggeris, apatah lagi syarikat Multinasional yg beroperasi di dalam negara seperti Shell, ExxonMobil, Ericsson, Alcatel, Nokia, Dell, HSBC, dll? Kerajaan juga senantiasa menguji bahasa inggeris semasa menemuduga pegawai2 kerajaan. Jadi, tidakkah akan terpinggir org-org melayu yang tidak mahir berbahasa inggeris?
Ada cadangan supaya silibus BI dikaji apabila mempelajari BI selama 11 tahunpun, tidak mampu meningkatkan penguasaan BI. Memang betul, kerana, penguasaan bahasa melibatkan penggunaan bahasa tersebut, samada secara oral atau menulis. Pada pendapat saya, apabila sesuatu bahasa diajar dalam matapelajaran tersebut sahaja, ianya tidak holistic. Ia berhenti di dalam kelas itu sahaja. Oleh itu, apabila PPSMI diadakan, sekurang-kurangnya, lebih ‘bahasa inggeris’ di terima oleh pelajar. Sekurang-kurangnya, mereka lebih terbiasa dengan bahasa tersebut. Dek kerana penangan PPSMI jugalah, ramai ibubapa yang mula risau dengan tahap penguasaan BI anak2. Bukankah itu satu perkembangan yang positif?
Pada pendapat saya, adalah terlalu awal untuk melihat keberkesanan PPSMI. Mungkin kerajaan boleh memanjangkan tempoh percubaannya, kerana, tempoh pelaksanaan PPSMI belum pun matang. But then again, this is only my two cents worth. Karangan saya yang panjang ini mungkin tidak memberi kesan langsung kepada keputusan kerajaan. Tapi, tak salah mencuba untuk didengar menerusi blog dizaman ICT ini, bukan? MAKE YOURSELF HEARD. That’s the point.
Tuesday, October 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment